Sunday, October 24, 2010

WASIAT DAN NASIHAT BUAT DIA DAN PERMATA 8KU

salam buat semua ananda serta kekanda yang amat bonda sayangi. lewat kesempatan  ini bonda ingin memohon ribuan kemaafan dan keampunan dari kekanda dan ananda semua. bonda tahu umur ini bukan milik bonda selamanya sampai waktu bonda akan pergi ke alam sana juga, oleh itu ingin bonda sampaikan wasiat dan pesanan buat kekanda serta permata 8 bonda yang amat bonda kasihi dan cintai sepenuh jiwaraga bonda.
bonda sedar bonda bukanlah seorang iron lady yang mampu memenuhi setiap impian kekanda  dan semua keinginan ananda permata8 semua. bonda sedar kesilapan bonda, bonda tahu bonda bukanlah seorang ibu yang sempurna buat semua ananda permata8 juga  untuk kekanda yang bonda cintai seumur hidup ini.

    kekanda dan ananda permata8 semua sekiranya bonda pergi dulu jangan diratapi pemergian ini. tapi berdoa dan bersedekah lah selalu buat bonda. bonda mahu bila ketiadaan bonda nanti ananda permata8 semua bersatu dan beamal kasih hingga akhir hayat ananda dan jangan berpecahbelah serta berpuak2 kerana itu akan menambah derita bonda dialam sana. kekanda dan ananda permata8 semua sebagai insan biasa bonda juga tak lari dari melakukan kesilapan dalam perhubungan kita semua. maafkanlah bonda diatas segala kesilapan yang pernah bonda lakukan. halalkanlah segala makan minum dan duit kekanda dan ananda semua yang pernah bonda guna untuk menampung kehidupan kita selama ini. bonda mohon kemaafan dari kanda dan ananda semua.
kanda dan ananda permata8 semua bonda juga ingin menyatakan disini bonda sentiasa maafkan segala kesilapan yang pernah kanda dan ananda lakukan pada bonda walaupun kekadang ia amat melukakan hati bonda, bonda redha dan ampunkan kanda dan ananda semua.

bonda juga ingin berpesan disini walauapapun yang berlaku masa ketiadaan bonda, janganlah ananda semua membawa haluan masing2 dan saling salah dan menyalahkan antara satu sama lain. walauapapun yang terjadi bonda mahu ananda semua saling bantu membantu berkasih sayang,hormat menghormati antara satu samalain, yang susah dibantu, yang berlebihan menghulurkan bantuan pada yang tiada. yang kecil menghormati yang tua yang muda dikasihi dan disayangi yang tua maka akan amanlah kehidupan kanda dan rna sebagaimanananda semua. apa yang penting disini bonda amat berharap walauapapun terjadi ananda semua tidak berpisah, walaupun mengalami kesukaran pastikan ananda semua tetap bersama. jadikan ALLAH tempat untuk mengadu apabila menghadapi kesukaran. DIALAH tempat rujukan bila ananda  permata8 kehilangan punca kembalilah padaNYA.

akhir sekali bonda sekali lagi menyusun 10 jari memohon keampunan dan keredhaan dari kanda dan ananda permata8 semua. selama hidup bersama lebih dari 20 tahun ini mungkin cara ibu melayan dan menjaga kanda dan ananda permata 8 semua tidak sempurna sebagaiman yang kanda dan ananda permataa8 semua inginkan selama ini maafkanlah kekurangan bonda selama ini. hanya itulah yang mampu bonda lakukan. maafkanlah,maafkanlah,maafkanlah. bonda doakan semoga kanda dan ananda permata8 semua sentiasa tawaduk dan ikhlas dalam melakukan apa juga perkara dalam hidup ini. yakinlah dalam apajua yang kita lakukan jika berlandaskan kepada ALLAH dan alqur'an nurkarim serta sunnah baginda rasullullah saw insyallah hidup ananda permata8 semua akan tenang dan diredhaiNYA selalu insyaallah.
doakanlah bonda aman disana dan selalulah sedekahkan alfatihah buat bonda disana. amin bonda sentiasa menyayangi kanda dan ananda permata8 semua..mudah2n kita sekeluarga akan bersama bila sampai disana nanti. alfatihah amin  bonda

No comments:

Post a Comment