Tuesday, October 26, 2010

wasiat buat permata8ku

1. sembahyang berjemaah 5 waktu sehari semalam
2. berzikir mengingat nama ALLAH dan RASULNYA
3. membaca alquran lepas maghrib ke isyak
4. berdoa mohon keredhaan ILAHI
5. berpuasa dan membayar zakat
6. membantu fakirmiskin
7. berdoa untuk kedua ibubapa juga adik-beradik juga sahabat2 yang berhak keatas
ananda sekelian.
8. naik haji dan umrah bila berkemampuan
9. sentiasa bersama dan bersatuhati dalam apa jua keadaan.
10 tiada beza membezakan antara satusama lain tak kira iparduai atau sebalik
hendaklah dilayan samarata.
11 menghormati hak seorang ibu keatas anak lelakinya,(syurgs bwh tapak kaki ibu)
12 menghormati hak suami atas isterinya (syurga bawah tapak kaki suami)
13 menyayangi mertua dan isteri kita sebagaimana kita mahu isteri kita menyayangi
diri kita juga dua ibubapa kita.
14 jauhi fitnah antara satusamalain.(jika berlaku) patut diselidiki hingga keakar
umbi(jangan dengar sebelah pihak)
15 yang muda sentiasa menghormati yang tua, yang tua pula menyayangi yang muda.
16 saling berbincang dalam apajua keputusan yang hendak diambil atau dibuat
17 sering merujuk kepada yang lebih tua jika terdapat apa2 masalah yang berbangkit.
tak kira yang lebih tua itu kakak atau abang ipar kita, kita adalah satu
keluarga (akan wujudkan rasa saling berkasihsayang tanpa mengira ipar atau duai.
18 tiada istilah engkau-engkau, aku-aku ananda semua adalah satu.
19 saling tegur menegur kepincangan yang berlaku atas rasa kasih kerana ALLAH
20 bersedekah kepada fakir miskin dan anak yatim bila berkemampuan

Sunday, October 24, 2010

WASIAT DAN NASIHAT BUAT DIA DAN PERMATA 8KU

salam buat semua ananda serta kekanda yang amat bonda sayangi. lewat kesempatan  ini bonda ingin memohon ribuan kemaafan dan keampunan dari kekanda dan ananda semua. bonda tahu umur ini bukan milik bonda selamanya sampai waktu bonda akan pergi ke alam sana juga, oleh itu ingin bonda sampaikan wasiat dan pesanan buat kekanda serta permata 8 bonda yang amat bonda kasihi dan cintai sepenuh jiwaraga bonda.
bonda sedar bonda bukanlah seorang iron lady yang mampu memenuhi setiap impian kekanda  dan semua keinginan ananda permata8 semua. bonda sedar kesilapan bonda, bonda tahu bonda bukanlah seorang ibu yang sempurna buat semua ananda permata8 juga  untuk kekanda yang bonda cintai seumur hidup ini.

    kekanda dan ananda permata8 semua sekiranya bonda pergi dulu jangan diratapi pemergian ini. tapi berdoa dan bersedekah lah selalu buat bonda. bonda mahu bila ketiadaan bonda nanti ananda permata8 semua bersatu dan beamal kasih hingga akhir hayat ananda dan jangan berpecahbelah serta berpuak2 kerana itu akan menambah derita bonda dialam sana. kekanda dan ananda permata8 semua sebagai insan biasa bonda juga tak lari dari melakukan kesilapan dalam perhubungan kita semua. maafkanlah bonda diatas segala kesilapan yang pernah bonda lakukan. halalkanlah segala makan minum dan duit kekanda dan ananda semua yang pernah bonda guna untuk menampung kehidupan kita selama ini. bonda mohon kemaafan dari kanda dan ananda semua.
kanda dan ananda permata8 semua bonda juga ingin menyatakan disini bonda sentiasa maafkan segala kesilapan yang pernah kanda dan ananda lakukan pada bonda walaupun kekadang ia amat melukakan hati bonda, bonda redha dan ampunkan kanda dan ananda semua.

bonda juga ingin berpesan disini walauapapun yang berlaku masa ketiadaan bonda, janganlah ananda semua membawa haluan masing2 dan saling salah dan menyalahkan antara satu sama lain. walauapapun yang terjadi bonda mahu ananda semua saling bantu membantu berkasih sayang,hormat menghormati antara satu samalain, yang susah dibantu, yang berlebihan menghulurkan bantuan pada yang tiada. yang kecil menghormati yang tua yang muda dikasihi dan disayangi yang tua maka akan amanlah kehidupan kanda dan rna sebagaimanananda semua. apa yang penting disini bonda amat berharap walauapapun terjadi ananda semua tidak berpisah, walaupun mengalami kesukaran pastikan ananda semua tetap bersama. jadikan ALLAH tempat untuk mengadu apabila menghadapi kesukaran. DIALAH tempat rujukan bila ananda  permata8 kehilangan punca kembalilah padaNYA.

akhir sekali bonda sekali lagi menyusun 10 jari memohon keampunan dan keredhaan dari kanda dan ananda permata8 semua. selama hidup bersama lebih dari 20 tahun ini mungkin cara ibu melayan dan menjaga kanda dan ananda permata 8 semua tidak sempurna sebagaiman yang kanda dan ananda permataa8 semua inginkan selama ini maafkanlah kekurangan bonda selama ini. hanya itulah yang mampu bonda lakukan. maafkanlah,maafkanlah,maafkanlah. bonda doakan semoga kanda dan ananda permata8 semua sentiasa tawaduk dan ikhlas dalam melakukan apa juga perkara dalam hidup ini. yakinlah dalam apajua yang kita lakukan jika berlandaskan kepada ALLAH dan alqur'an nurkarim serta sunnah baginda rasullullah saw insyallah hidup ananda permata8 semua akan tenang dan diredhaiNYA selalu insyaallah.
doakanlah bonda aman disana dan selalulah sedekahkan alfatihah buat bonda disana. amin bonda sentiasa menyayangi kanda dan ananda permata8 semua..mudah2n kita sekeluarga akan bersama bila sampai disana nanti. alfatihah amin  bonda

berjuanglah demi maruah bangsamu

bulan ini menyakssikan permata 8 ku berjuang di medan peperiksaan. dari jauh ini bonda hanya mampu menadah tangan memohon padaNYA agar dibukkan hijab,dipimpin mindamu buahati bonda mudah2n dapat merintangi segala cabaran yang mendatang. tetapkan kata hatimu kuatkan semangatmu demi perjuangan ini. buangkan segala rasa resahmu tawakkallah padaNYA mudah2n dipermudahkan segalanya. usah ragu dan bimbang jika perjuanganmu berpaksikan DIA seganya akan terurus denganddeengan jayanya. teruskan perjuanganmu hingga kejayaan akhirnya menjadi milikmu. doa bonda sentiasa bersamamu permata8 bonda semua. amin bondamu

Saturday, October 16, 2010

moga rezeki menjual hyponidd bertambah ya rabb.

permataku: semoga diLindungiNYA

salam sayang permata8 semua. bonda doakan ananda semua dlm lindunganNYA setiap hari. anandaku berusahalah terus tanpa rasa jemu demi masa depanmu yang mendatang. doa bonda mengiringi tiap langkahmu, ayuh kuatkan mindamu untuk teruskan perjuangan ini. jangan berputus asa berjuang dan terus berjuang usah risau onak dan duri, itu semua hanyalah asam garam kehidupan. bonda bangga dan yakin dengan ananda semua. +vekan minda ananda semua insyaallah kejayaan di pehujung jalan. ayuh ananda semua teruskan melangkah, sekali kedepan jangan berpaling lagi. YA ALLAH KAU LURUSKAN JALAN HIDUP ZURIATKU SEMUA.
tabahkan hati mereka dirantau dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat aku serahkan segalanya kepada MU ya ALLAH. seandainya permata2 ku tersasar KAU kembalikanlah mereka ke jalanMU semula.amin ya rabbala'lamin. salam pelukcium dari bondamu.

mahal kita, bonda kayc