Thursday, November 25, 2010

signal kecil, tapi impak nya besar

 tanggal 19hb11 2010 aku dimasukan ke wad kerana nak buat scopping dibahu yang dah bertahun menahan sakit. sebelum hari dimasukan ke wad aku tak la plk menghadapi masaalah' seram sejuk' atau gelisah tak tentu hala sebab takut nak kena 'operet'. aku cool je. tapi yang naik tension aku tengok adalah hubby aku tu, macam dia plk yang nak kena 'operet'. gelihati lagi aku sempat pulak minta time off dari DR nak g shopping' baju kecik' kat sogo. dah la tu aku ni kena puasa untuk pembedahan aku puasa mcm yang disuruh tiba2 masa onway nak balik wad aku terbayang alangkah sedapnya dapat seketul ayam kfc sbbkan restauran tu x da dlm kwsn tu hubby aku ajak aku g mc donald, dpt mc chicken pun jadilah. aku dh jadi mcm budak nakal yang x dengar ckp cikgunya la pulak. akhirnya terburailah puasa aku. tp x da sapepn yg tau aku dgn hubby aku je la. balik wad aku dijangka akan masuk OT kul 2ptg, tunggu punya tunggu kul 4 lebih masa waktu asar baru aku disorong masuk dlm OT. memang betul mcm yang aku jangka jadi x sesia la aku buka puasa kalu tidak grrr..grrr... la bunyi perut aku minta makan. dlm bilik OT pakar bius sibuk dok cucuk tangan aku nak masuk ubat bius, cucuk punya cucuk sampai tiga tempat dia buat dah la kat tangan dua x cucuk tu pun sampai nak terkeluar jarum dr tangan aku tak cukup kat tangan kat kakipun dia buat. mcm nak buat pembedahan besar la pulak. lepas dimasukan oksigen kat mulut aku dunia akupun tiba2 jadi gelap aku dah x sedar. bila aku sedar yang keluar dari mulut aku hanya lah ALLAH, ALLAH ASTAGFIROLLAHALA'ZIMWAATUBUILAIH tu jela yang asyik bermain2 dibibir aku, sampailah aku betul2 sedar dan dihantar balik kebilik no 13 (bilik rasmi kami sekeluarga bila masuk pusrawi).waktu tu memang tak rasa sakit sebab ada ubat bius dan neorontin yang dimasukan ketempat yang dibedah tu. malam tu darah meleleh keluar habis tempat tido aku, hubby aku mula panik bukannya aku. lepas nurse datang cuci dan tampal tempat yang luka tu ingatkan dah ok tapi tempat tu msh bleeding sampai Dr yg ganti Dr Azmi naik panik. aku relax je. akhirnya kena ganti lagi sekali tampalan tu baru la x bleeding lagi.  pagi hari pertama aku diwad darah aku memang dibawah paras rendah aku tak dib enar kan bangun apa lagi berdiri atau g bilik air. kantung aku dah penuh nurse dan hubby aku suruh aku buang je kawan kecik aku tu kat atas katil,ish..ish..tak pernah aku buat benda tu walaupun masa aku kena melahirkan anakku melalui pembedahan aku ttp jumpa kwn aku kat bilik air. nikan pulak scoping kat bahu takkan aku gamak jumpa kwn aku tu kat ata katil. dah la aku dok tunggu nurse mandikan aku tak dtg2. jadi aku ambik keputusan nak g bilik air sendiri. akhirnya aku berjaya buat juga walaupun nurse ckp kat aku kalu ada org yg boleh bangun g bilik air hari pertama dia terror jadi aku dah buktikan aku memang boleh. aku bersyukur sangat hari pertama lepas scooping tu aku dah boleh angkat tangan tanpa rasa sakit (rahsianya ialah hyponidd yg aku makan). sampai Dr pun terkejut..sebab dia kata ramai patient yang buat scooping mcm aku sampai balik pun masih belum blh angkat tangan. alhamdullilah akhirnya aku berjaya mengharungi segalanya dengan erkat doa hubby dan semua permata 8 aku sudah hampir pulih. moral kisah aku ni ialah kalu ada rasa sakit walaupun sikit g la jumpa Dr untuk buat pengesahan apa sebenarnya sakit kita, jangan jadi mcm aku ingat tak da apa2 rupa2nya koyakan dibahu aku sudah lama dan dalam dagingnya pun dah bertukar kala dari mcm daging ayam yang fresh tu jadi rona coklat. jadi ambil lah iktibar dari kisah aku ni apa2 hal kalu sakit jangan tangguh2 cpt2 jumpa Dr untuk tahu apa puncanya.terimakasih Dr Azmi,Dr Zana,hubby,permata8 dan semua yang terlibat diwad assalam juga unit fisio yang banyak memberikan semangat padaku semasa di bilik 13. alhamdullillah amin.

Wednesday, November 10, 2010

honey tempertenterom!!!!

semalam 11hb aku dan hubby bawa si honey ke azzahra nak cek pasal batuk dia tu. sebab dh 2 minggu sebenarnya dia dok batuk2. masa kat luar dia cool macam selalu .(memangpun selama hari ni dia tak pernah buat perangai). time jumpa doktor eh tiba2 dia naik sheh melalak semacam pulak. terkedu aku kerana honey memang terkenal dengan sikapcool tu tiba2 boleh jadi mcm2 tu. dah pujuk macam2pun x jalan jg last2 aku ckp kt doktor bg ubat je la. yang memeningkan kepala aku ni ialah kenapa si permata 8 aku ni jadi macam tu, puas dok pikir2 agaknya sebab malam tadi tu aku pakaikan dia gaun princess kut, jadi dia perasan lebih sikit sampai orang cakap dengan diapun boleh jadi naik angin sampai keras2 badan,macam orang nak jadi sawan aku tengok. malu jangan nak cakap la si honey yang lawa macam princess tu tiba2 menurun depan doktor sampai nurse dalam bilik dokor tu pun takut lari keluar bilik, honey2 lain kali jangan la buat perangaai macam ni . dah 4 tahun laa.... bukan 1 tahun mau nagis. masa kecik2 tak pernah buat perangai ni dah besar jadi tempertenterum pulak. ee.. lain kali jangan buat lagi perangai macam tu malu ibu ni.. nak letak kat mana muka ni (macam mami jarum la pulak) moga2 ini la kali pertama dan terakhir permata 8 ibu menurun depan orang.