Wednesday, January 12, 2011

'honey nangis' jangan terperangkap dengan 'nyayian' mereka.

tanggal 31hb disember honey mula menjejaki kaki ke smartlearn centre di sungai chua. dari malam lagi bukan main happynya x terkata. sampai disekolah honey ok je mula-mulanya. selepas dibawa masuk ke dalam centre tiba-tiba dia mula merengek. aku buat dono je. kelas dia kat atas cikgu dia bawa dia naik atas ,sebab dia dok hek!hek! nak keriau aku minta uteh dia dan darling hantar naik atas maklumla murid senior. bila aku melangkah kaki nak balik tiba-tiba aku dengar'i...bu...honey nak balik...' berulang-ulang kali. KU COOL JE KAT LUAR,TAPI SI DARLING SIBUK DOK PANGGIL DAN HONEY PUN LARI KELUAR KELAS AKU PUN HANTAR DIA BALIK KE ATAS. tapi sekerat jalan je.. lepas tu aku x tunggu lama terus ajak babah dia balik walaupun honey masih dok 'nyayi lagu ibu kat atas terdengar dengan jelas nya kat bawah'
jam 11.55 aku jemput dia balik alhamdullillah ok je si honey tu. jadi formula aku tinggalkan dia untuk berdikari kat sekolah tu adalah tepat. anak-anak biasalah dimanapun kalau parent ada memang la galak dia
mula buat perangai tapi kalu orang tua x da pandai dia orang bawak diri. sebagai parent kita x boleh x percaya pada potensi anak-anak kita tapi bagi peluang untuk mereka mulakan langkah pertama untuk berdikari.  yang penting kita jangan gelabah bila dengar mereka 'menyanyi'. kalau kita gelabah maknanya kita dah masuk dalam perangkap anak-anak kita. AWAS!! jangan sampai terpedaya. insyaallah kita akan berjaya bimbing mereka kearah matlamat dan hala tuju yang betul.