Tuesday, October 25, 2011

bila diri dipanjat usia

baru tiga hari lepas aku menemani permata 2ku kemajlis konvo ke 75 di uitm shah alam. gembira ofcourse la mak bapa mana yang tak gembira bila anak2 dah berjaya dan melepasi satu tahap dalam pengajiannya. kena nasib tak berpihak pada kami terpaksala dok naik turun tangga sampai tiga tingkat, apalagi macam nak tercabut la tempurung lutut orang yang dah dipanjat usia ni. sampai hari ni masih terasa sakitnya. dah x bermaya rasanya. tapi tugas terhadap anak2 perlu diutama walau letih atau demam sekalipun. paling teerkesan ialah ayahnda kepada permata 8 ni dari hari konvo lagi dah diserang demam panas,tapi disebabkan semangat punya pasal terpaksa menahan gigil dalam dewan Agung Chancellor. menunggu giliran permata 8 yang bernombor 322 tu naik ambil skroll dia.bonda amatberharap anaknda yang lain akan mengikut jejak langkah permata 2 untuk mencapai cita2 yang diimpikan. masih belum terlambat untuk berpatah balik kepangkal jalan. belajar dan berusahalah bersungguh demi masa depan anaknda permata  semua yang lebih gemilang. walaupun ketika itu mungkin bonda tidak dapat hadir bersama kerana telah menyahut seruan Ilahi anaknda permata bonda mesti terus beerjuang menuntut ilmu hingga akhir hayat. inilah doa bonda buat anaknda permata 8 semua. dihujung usia ini hanya restu dan diiringi  doa sahaja yang mampu bonda berikan semoga anaknda permata semua berjaya dalam menepuhi hidup ini. walaupun kadang2 hati bonda terguris dan terluka tapi jauh disudut hati bonda telah ampuni kalian semua dan redha keatas permata 8 semua. semoga Allah melindungi dan redha diatas segala usaha yang anaknd permata lakukan tak kira untuk dunia maupun akhirat. ameen